yg tgok2

iklan

Sunday, July 24, 2011

abg cyg

huhu..
ak nga bhagia skrg..
hrpn ak smoge kmi akn bersama 1 hari nnt..

mggu lps da gado2 cm nk break..
"abg cri je la org len" said me..
"......" he dropped the phone..

ak ngis n tido bab da penin sgt pk..
pas da telan panadol 3bjk..

.......

2jam kendian he called me with a kinda down tone..
he said, "xnk contact abg g da ke?"
alololo...cian lak ak dgo..

nsb bek da okey..
hehe..
syg kmu sgt2..

xmau buat dye sedey g pasni..
luv u my abg cyg..
hehe..

sape bc nie jgn nk muntah hijau lak ek..
hehe..kang kena kat korg lak..


Sunday, May 1, 2011

BM ASSIGNMENT

CERPEN MENITI RANJAU KARYA JAIS SAHOK
‘Sekerat Rotan Sebuah Kasih’ merupakan kompilasi cerpen karya Jais Sahok, seorang penulis yang terkenal di tanah air yang telah dipilih pada sub- tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 kali ini. “Di dalam karya ini, telah diungkapkan pelbagai idea seperti sikap, pemikiran, nilai, motif, citra dan falsafah yang dijalin dalam cipta sastera hyang baik lagi berkesan. Bahkan, gambaran hidup dan kehidupan sesetengahnya dilukiskan dengan konteks setempat atau sejagat untuk memperlihatkan iltizam penulis kepada pembaca atau visi penulisannya.” (Jais Sahok, 1994). Manakala cerpen yang cuba digarap keindahan seninya melalui tugasan ini ialah cerpen ‘Meniti Ranjau’ karya Jais Sahok. Cerpen ini yang sarat dengan nilai bahasa dan keindahan katanya ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja cekal, Zikri yang baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Dia cuba mengisi masa lapangnya dengan bekerja di sebauh hotel, “Holiday Inn sebagai pelayan, penyambut tetamu, dan hotel boy secara bergilir ganti”. Arwah bapanya membenarkannya bekerja di situ meskipun pada ketika itu ramai di antara rakan- rakannya tidak dibenarkan bapa masing- masing untuk bekerja di hotel. Zikri gigh bekerja meskipun kerap dimarahi, dipotong gaji, ditengking, diherdik, dicaci, dihina, dimalukan dan disalah anggap sebagai seorang yang tidak jujur dalam pekerjaan oleh bosnya Encik Thong. Zikri tetap bersabar sehinggalah dia dibuang kerja akibat dituduh mencuri buah strawberi yang sebenarnya adalah lebihan pada majlis di hotel itu untuk diberikan kepada ibunya. Dia reda dan berazam mahu memajukan diri dalam bidang perhotelan agar dapat menghadiahi ibunya buah strawberi yang tidak pernah mereka nikmati. Berkat kesungguhan, iltizam, usaha, kemahuan dan harapan yang tinggi, Zikri akhirnya berjaya menjadi seorang pengurus kelab dan sepanjang tiga tahun itu, “sudah beberapa kali emaknya dibelikan berbagai- bagai jenis buah- buahan termasuklah strawberi segar.”
Daripada segi gaya bahasa yang digunakan di dalam cerpen ini pula, gaya bahasa bermaksud “cara atau ragam bahasa yang djguanakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa daalm sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat tyang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan.” Secara keseluruhannya, cerpen ‘Meniti Ranjau’ mengandungi tujuh gaya bahasa iaitu diksi (denotatif dan konotatif), metafora, personifikasi, peribahasa, penggunaan bahasa asing, bahasa kiasan dan simile.

Denotatif
Gaya bahasa diksi iaitu denotatif yang menampilkan maksud tersurat dapat dilihat di dalam cerpen ini contohnya, “Hanya baharu sekejap tadi Jimbai menyatkan dia bekerja sebagai guru pelatih di Maktab SMK Batu Lintang.” Ayat ini memang membawa maksud bahawa Jimbai bekerja sebagai yang tersebut dan tiada maksud lain. Begitu juga dengan “Bapanya juga berpesan supaya dia menjauhi arak, judi, perempuan dan pergaduhan.” Denotatif menampilkan maksud ayat yang terus daripada kamus dan tidak membawa maksud yang lain. Maksud perkataannya tetap, mudah difahami dan tiada maksud yang lebih daripada satu. Denotatif seringkali digunakan di dalam sesuatu karya untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi, memberi gambaran tentang latar belakang sesuatu dengan lebih jelas dan lain- lain.

Konotatif
Manakala, diksi konotatif yang mengandungi makna tersurat dan tersirat pula dapat dilihat di dalam cerpen ini seperti “Ucapan tahniah daripada Jimbai itu mengusik seluruh ingatannya. Seolah- olah ada berbagai- bagai maksud yang bertaut pada kalimat ucapan ujian itu.” Malahan, “Ketika itu harapannya lima puluh lima puluh sahaja,” pula mengandungi maksud sama ada separuh- separuh, ada harapan atau tiada harapan dan mungkin membawa makna lain. Diksi konotatif merupakan maksud perkataan yang sungguh mencabar kerana kadangkala pembaca sendiri tidak dapat memahami dan menghayati makna sebenar sesuatu perkataan yang digunakan di dalam sesebuah karya bahasa Malaysia. Hal ini menuntut para pembaca agar berfikir di samping membaca sesebuah karya itu. Diksi konotatif dapat menarik perhatian para pembaca agar terus fokus dalam pembacaan mereka kerana gaya bahasa ini menuntut mereka berfikir dan tidak hanya membaca semata- mata.

Metafora
Seterusnya, cerpen ini juga mengandungi metafora, “Di hotel bertaraf antarabangsa itulah dia menggali pengalamannya.” Metafora merupakan gaya bahasa yang unik kerana unsur ini menggabungkan sesuatu perkataan dengan elemen yang abstrak. Metafora digunakan di dalam karya ini bagi menambah elemen menarik di dalam cerpen ini di samping mencetuskan kesantunan bahasa dan keindahan sesuatu karya. Cerpen ‘Meniti Ranjau’ ini mengandungi banyak contoh- contoh metafora yang menarik, kreatif, indah dan unik. Unsur metafora ini menambahkan lagi minat untuk pembaca membaca coretan penulis. Setiap metafora yang terhasil akan menjadi satu harta yang berharga dalam penulisan bahasa Melayu. Hal ini sangat menggalakkan kerana setiap metafora yang terhasil daripada sesebuah karya merupakan suatu hasil seni yang sungguh menarik dan berharga.

Personifikasi
Selain itu, personifikasi seperti “Nama dan kekayaannya naik semula. Tapi kesombongannya turut naik” memberi suntikan seni di dalam karya nukilan Jais Sahok ini. Personifikasi merupakan satu bentuk gaya bahasa yang menggunakan sesuatu perkataan iaitu penggabungan satu perkataan dengan perbuatan manusia. Dengan kata lain, personifikasi memberikan unsur atau sifat manusia kepada suatu perkataan yang melambangkan bukan benda hidup. Gaya bahasa ini sangat menarik dan mampu memperindah lagi sesebuah karya seni kerana keindahan bahasanya yang menekankan penggabungan kata yang boleh dikatakan mustahil namun masih mampu diterima akal. Benda bukan hidup yang diberikan sifat manusia membuatkan seolah- olah benda bukan hidup itu hidup dan mempunyai sifat- sifat dan perlakuan seperti manusia. Hal ini menunjukkan bahawa kesenian bahasa Malaysia mampu mencetuskan unsur fantasi yang dapat diterima masyarakat atas tujuan tarikan pembacaan.

Peribahasa
Justeru, peribahasa juga dapat dilihat seperti “Terkebil- kebil kedua- dua belah matanya bagai pelanduk sudah masuk jerat,” di dalam cerpen ini turut menambah variasi gaya bahasa yang ada. Peribahasa merupakan satu ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidal, pepatah, dan sebagainya. Gaya bahasa ini sudah wujud sejak dari zaman dahulu lagi dan sering digunakan bagi menggambarkan suatu situasi, memberi nasihat dan iktibar dan memberi peringatan kepada masyarakat. Seperti di dalam cerpen ini, peribahasa yang digunakan menggambarkan situasi atau emosi watak tertentu di dalam cerpen yang tersebut.

Bahasa asing
Penggunaan bahasa asing juga dapat dikenal pasti seperti “Akhirnya dia akan berpesan, ‘next time don’t do that again’”, “Kentucky Fried Chicken”, “point”, “tips”, “hotel boy”, “function” dan “overtime”. Di dalam cerpen ini, bahasa asing yang digunakan ialah bahasa Inggeris. Melalui contoh- contoh di atas, bahasa Inggeris jelas banyak mempengaruhi suasana persekitaran tempat kerja watak utama cerpen ini iaitu Zikri. Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting di dalam cerpen ini bagi menonjolkan status hotel tempat Zikri bekerja yang bertaraf antarabangsa dan menunjukkan bahawa rata- rata di antara masyarakat ketika itu sudah biasa mendengar malah menggunakan bahasa asing sebagai sebahagian aspek kehidupan mereka pada setiap hari.

Bahasa kiasan
Bahasa kiasan, salah satu gaya bahasa di dalam karya hebat ini, “Emaknya ‘tidak banyak mulut’ orangnya tetapi agak emosional” dapat dilihat secara ringkas. Kiasan adalah frasa yang digunakan untuk membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain yang sama keadaannya. Bahasa kiasan ini selalunya digunakan oleh para penulis untuk menambahkan daya tarikan di dalam karya agung mereka seperti cerpen, novel, drama, teater dan sebagainya. Di dalam cerpen ‘Meniti Ranjau’ karya Jais Sahok ini, bahasa kaisan yang dapat dilihat adalah seperti apabila Zikri memberi gambaran yang lebih jelas mengenai ibunya.

Simile
Akhirnya, penggunaan gaya bahasa simile sebagai contoh, “Jaga, seperti kata kebanyakkan kawan sekolahnya sebelum mereka bercuti bekerja seperti buku” yang selalunya tampil dengan kata seperti. Simile merupakan gaya bahasa yang menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata awalan seperti, ibarat dan bagai. Melalui penggunaan simile, pembaca akan dapat lebih memahami dan cuba membandingkan antara subjek dengan kata yang digunakan sebagai tanda persamaan.

Seterusnya, kesantunan bahasa dalam cerpen ‘Meniti Ranjau’ oleh Jais Sahok ini dapat dilihat daripada dua segi iaitu verbal dan non verbal. “Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, setaraf atau orang yang lebih rendah kedudukannya.” (Amat Juhari Moain,1992). Hal ini jelas kerana sememangnya itulah fungsi bersopan santun ketika berbahasa. Sebagai contoh, Zikri, yang membahasakan emaknya, ayahnya dan bosnya dengan sungguh baik, hormat dan bersopan. “Zikri masih ingat bagaimana tolak ansur bapanya terhadap hasratnya untuk bekerja di sebuah hotel.” Malah, kesantunan bahasa juga dapat dilihat di dalam cerpen ini apabila Zikri tidak bertindak negatif terhadap herdikan bosnya, Encik Thong. Namun, dia bertindak sebaliknya apabila berhadapan dengan dua orang pengawal keselamatan yang menahannya. “Yalah aku tahu tapi ini lebihan makanan orang.” Dia cuba berkeras dengan kebenarannya. Dia mengharapkan jaga itu memahami maksudnya.” Bahasa yang digunakan Zikri masih sopan namun agresif. Hal ini jelas berlainan dengan Encik Thong yang terang- terangan menggunakan bahasa yang kasar terhadap Zikri. Justeru, ibu bapa Zikri pula lebih terarah menasihatinya di dalam cerpen ini.
Manakala, sistem sapaan yang digunakan di dalam cerpen ini pula begitu jelas untuk menunjukkan taraf Zikri terutamanya terhadap keluarga, ibu bapa dan rakan- rakannya serta dengan orang yang lebih tua daripada dirinya. Zikri menggelarkan Encik Thong sebagai Encik, merujuk kepada tarafnya sebagai ketua Zikri. Bahkan, Zikri menghormati ibu bbapanya dengan panggilan emak dan ayah. Begitu juga apabila betemu rakan- rakannya, Zikri turut menggunakan kata sapaan yang sesuai sebagai tanda hormat dan sopan terhadap mereka. Jelasnya, di dalam cerpen ini, penggunaan sistem sapaan begitu ketara dan positif.
Di dalam konteks yang lebih menyeluruh, gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan penting dalam masyarakat Malaysia bagi melestarikan kesopanan budaya timur iaitu masyarakat Melayu dan bagi menonjolkan ciri- ciri keunikkan di dalam bahasa Melayu. Malah, tiga perkara ini juga penting dalam masyarakat Malaysia untuk mengukuhkan hubungan di antara kaum, memberikan dan menerima anggapan yang baik terhadap dan daripada orang lain selain menjadi masyarakat yang majufikiran dan tindakannya. Hal ini juga jelas kepentingannya dalam konteks global.
Namun, fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda hari ini dilihat semakin merosot dan suram. Hal ini kerana desakan ruang, waktu, tenaga dan wang. Generasi muda terpaksa menggunakan bahasa yang cacamarba dan bahasa singkatan seperti di dalam facebook, twitter, email mahu pun ketika bersms. Sesetengahnya pula, begitu terpengaruh dengan rakan sebaya dan ada pula dalam kalangan generasi muda gemar menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan sebagai identiti mereka kerana ianya mudah, cepat dan semakin difahami serta digunapakai oleh generasi muda.
Kesimpulannya, seperti cerpen ‘Meniti Ranjau’ karya Jais Sahok, aspek- aspek penggunaan bahasa yang baik haruslah dikekalkan dan ditingkatkan agar ianya tidak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan.












MENGHURAIKAN KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA, VERBAL DAN NON VERBAL
Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, ketika menyampaikan mesej kepada audiens, ketika berinteraksi dengan seseorang dan lain- lain lagi. Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal. Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal.
Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.
Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang. Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama- sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai- nilai baik dalam konsep kesantunan berbahasa verbal dan non verbal agar kita semua mendapat manfaatnya di samping kita sama- sama melestarikan penggunaan bahasa yang bertunjangkan konsep kesantunan berbahasa.
















JELASKAN FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA DAN NYATAKAN FAKTOR- FAKTORNYA
Konsep kesantunan berbahasa terangkum dan terbahagi kepada dua iaitu verbal dan non verbal. Verbal merujuk kepada teks, pengucapan dan lisan manakala non verbal merujuk kepada reaksi wajah, bahasa tubuh dan bukan lisan. Sejak azali, kesantunan berbahasa itu diketahui sangat penting dan merupakan aspek penting ketika berkomunikasi atau menyampaikan mesej. Namun, terdapat perbezaan besar di antara fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan generasi terdahulu pada masa kini. Jelasnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda ini mengalami perubahan dan evolusi.
Antara faktornya adalah had waktu, ruang dan wang. Hal ini terjadi apabila kini menggunakan teknologi seperti sistem pesanan ringkas (sms), facebook, twitter dan lain- lain untuk berkomunikasi. Mereka tidak dapat berinteraksi secara dua hala oleh kerana faktor ruang, waktu, wang dan jarak yang terhad. Mereka cenderung menggunakan ayat ringkas, tidak bercirikan kesantunan berbahasa, kesalahan ejaan yang dibuat- buat dan disengajakan serta perkataan yang cepat difahami namun kurang kesantunannya. Generasi kini berpendapat pemahaman itu lebih penting daripada kesantunan bahasanya. Apa- apa yang penting bagi mereka ialah penggunaan ruang yang kecil, penjimatan kos dan pemahaman komunikasi masing- masing.
Manakala, faktor seterusnya yang menyebabkan fenomena kesantunan berbahasa semakin merosot dalam kalangan generasi muda ialah pengaruh rakan sebaya. Mereka cenderung mengetepikan kesantunan berbahasa ketika berbicara mahu pun berhubung dengan rakan masing- masing. Hal ini berkemungkinan kerana mereka mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan bersama rakan- rakan masing- masing serta memiliki identiti sendiri. Kadangakala, mereka dapat mengelakkan mesej yang mereka sampaikan daripada diketahui oleh generasi terdahulu apabila menggunakan bahasa yang kurang kesantunannya. Namun, hal ini telah menyebabkan kemerosotan penggunaan bahasa yang sopan dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda juga berlaku oleh kerana evolusi teknologi yang melanda dunia termasuk Malaysia. Hal ini telah mencetuskan satu bahasa yang digelar sebagai bahasa teknologi yang menuntut penggunanya mengetepikan sedikit aspek kesantunan ketika berbahasa. Namun, penggunaan bahasa ini sedikit sebanyak memberikan kesan posittif ke atas bahasa Melayu apabila lahirnya ayat- ayat dan perkataan- perkataan yang baru dan kreatif yang tidak pernah ada sebelumnya.
Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda juga berlaku kerana penggunaan bahasa yang mudah, cepat dan meluas dalam masyarakat mutakhir ini. Bahasa yang digunakan lebih terus, cepat, ringkas dan telah digunapakai oleh masyarakat bagi menjimatkan masa dan tenaga. Oleh kerana itulah fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda mengalami perubahan. Bahkan, pengaruh daripada persekitaran, media cetak dan media massa juga sedikit sebanyak telah menyebabkan kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda sedikit menurun dan merosot.
Kesimpulannya, kesantunan berbahasa perlu ditingkatkan dalam kalangan generasi muda dan dikukuhkan dalam kalangan generasi terdahulu supaya bahasa Melayu dapat terus tersemadi sebagai bahasa yang penuh adab santun dan nilai estetikanya. Hal ini menuntut kerjasama semua pihak agar sama- sama mempraktikkan konsep kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian sama ada daripada segi verbal atau non verbal. Akhirul kalam, bersopan santun dalam berbahasa sangat penting ke atas setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, agama, bangsa dan negara.






REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 ini, saya secara peribadinya telah menimba pelbagai pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tajuk yang difokuskan iaitu kesantunan bahasa, gaya bahasa dan sistem sapaan di dalam subjek ini.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui akan kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini. Saya dapati, kebanyakkan pelajar tidak menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik dan seringkali menyalahgunakan bahasa mereka dengan sengaja menggunakan bahasa yang salah dan langsung tidak mengambilberat akan kesantunan bahasa.hal ini jelas dapat dilihat daripada perbualan seharian mereka. Saya selaku pelajar juga mengakui akan hal ini kerana saya berpendapat komunikasi menjadi lebih mudah, cepat, mesra dan bergaya. Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa ini walaupun tidak bercirikan kesantunan yang baik sepenuhnya memerlukan seseorang yang turut memahami agar tidak berlaku salah faham.
Bahkan, melalui tugasan yang mantap ini, saya yakin dapat menyelesaikan dan menghasilkan hasil tugasan yang baik kerana saya berkeyakinan tinggi terhadap penguasaan sepanjang melaksanakan projek. Saya amat berkeyakinan terhadap gaya tulisan, penerangan dan penghasilan berdasarkan analisa dan kajian saya walaupun saya telah lama tidak mengarang dan menulis di dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa Inggeris. Namun, ini semua tetap tidak akan mematahkan semangat saya kerana saya yakin saya mampu menghasilkan yang terbaik di dalam tugasan bahasa Melayu Komunikatif 1 ini.
Seterusnya, sebagai seorang bakal guru, saya sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa seperti kemahiran bertutur dan mendengar dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan. Hal ini sangat penting supaya kesenian dan keunikkan bahasa Melayu dapat dilestarikan agar generasi masa hadapan dapat terus berbangga dengan bahasa yang kita gunakan bersama, bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Selain dapat mengelakkan salah faham, persengketaan dan pertengkaran, kesantunan bahasa Melayu juga dapat menonjolkan adab kita sebagai seorang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan sebagainya.
Akhirnya, saya sebagai seorang pelajar ijazah berasa begitu terharu, sedih bercampur gembira, bangga dan bersemangat setelah mendapat tugasan ini. Saya mendapat banyak manfaat semasa menyiapkannya walaupun saya berhadapan dengan pahit getir dan kekangan waktu di samping komitmen yang tinggi terhadap banyak lagi perkara yang penting.

















RUJUKAN

Abdul Sukor Shaari, Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Irwandy. (2007). Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia Menyonsong 2025. Ampang/Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed, N. (1998). Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Omar, A. H. (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sahok, J. (1994). Sekerat Rotan Sebuah Kasih, Meniti Ranjau. Ampang/Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Saturday, February 12, 2011

Love forever. Sayang selamanya

love is chenta..huhuhu




Pertemuan, perkenalan, persahabatan dan perpisahan...
Antara kau dan ak. Sejak dulu hingga kini. Nmun, pertemuan semula pd dec 2010 menimbulkan harapan baru buat ak. Ak memasg impian dan harapan. Kau pn menunjukkan respon yg bek. Hehehe...

Hari ke hari, mse ke mse.. rindu dan sygku mkin mendlm pd kau. Dan ak tau, kau pn sme.. kita x pernh declare, kita x prnh kate couple, tp kau dan ak saling memhmi hasrat dan perasaan msg2.

Ak tau batasku, ak tau nilai driku.. ak jge sebaik mgkin. Wlupun kite kuar bersme, slalu berjmpe nmun ak ttp jge diriku..kau pn faham i2..
Ak syg kau. Syg sgt2. Ak nk bersme dgn kau. Ak tau kau pn cm2. Tp,, ader perkr yg mnyebbkn kau x bole simpan angan2 2.. sbb 2 kau sntiasa cakap kat ak supaya cri org lain.. org yg bole bahagiakn ak.. dan tggalkn kau.. tpi,, ak ckp, ak akn tetap tggu kau.. bio la lme mne pn mse nyer.. bio la seksa mne ak tggu kau.. bio la derita cmne pn.. sbb, yg jelas.. ak syg kau sgt2..
Kita pernh terpish.. meskipn mse 2 kite x tau perasaan msg2.. tpi skrg pn memg kite xde ikatan yg sah.. kite bkn sape2 di antara satu sama len.. ak phm 2.. tpi,, ak xnk hadapi lagi perpisahan.. lebih2 lg perpisahan yg xkn ader pertemuan lg.. x mgkin.. ak x sggup hadapinya.. huhu..

tpi,, ak x prnh buat cmney ek..hehehe




Kau slalu kate.. ak teringin nk bersme kau.. ak nk jge kau.. ak nk kau jadi suri dalm hidupku.. cewah... hehehe.. tpi ak xtau klu ak bole, ak xtau klu ak dpt buat sume 2.. (atas sbb2 yg kau dh jelaskn kat ak..) dan ak kate, xpelah.. bio la Allah tentukan.. kalau i2 mmg jodoh kite.. insyaAllah kite akan ttp bersme.. kn?? Ak smbug... tpi, klu xde jodoh antara kite nk buat cmne..kn? xpela.. ak akn ttp 3ma.. tpi, seboleh2nyer ak akn ttp tggu kau sammmmmpaaaaaaiiiiii problems ko 2 sume settle... uhuh~
Kau kte.. ak xnk kau menderita tggu ak.. ak xnk kau smpi x kawen tggu ak.. ak xnk kau x bahagia.. sbb ak syg kau la ak rela kau tggalkn ak.. xpe.. kebahagiaan kau, kebahagiaan ak jge..

tpi, ak xsggup tgglkan kau.. lgipn, klu ak kate dgn bersme kau i2 la kebahagiaan ak... mcmne ak nk bahagia klu ak tgglkn kau?? Cmne?
Kau terdiam. Dh xde modal nk ckp.. ko ckp, tpi.... ak tkot ak tgglkan kau, ak tkot ak keciwakn kau.. ak tkot kau terkontg- kanting bersendirian mnggu ak nnt ble kite tpkse berpsah sementara.. sementara ak 2 bole jd 2 hri, 2 buln, 2 thun dan.... xtaula smpi selama mne msenya...

Ak sedy.. ak x inginkan perpisahan.. tpi klu terpakse.. apekan daya ak.. tpi ak janji ak akn tetap tggu kau.. smpi bile2.. sebab.. ak syg kau selamanya.. love u forever..


Ak tau kau bz.. buat mse ney, hri2 kau kje.. kdg2 ble kau kuar mlm (hari2 tau) ak sunyi gak.. tpi ak un bz gak.. time kau bz 2la ak buat kje2 ak yg berlmbk2 mcm paso lmbk 2.. hahaha.. tpi, ble ko contact ak blik on midnight,, (weekdays only) hehe.. happy blk la ak.. kau teman ak, kau tggu ak siap kje2 ak, ak tnye idea2 bernas drpd kau... kdg2 kau tepon ak..huhu.. tp lau kredit kau habis.. sure2 ak tepon kau lak.. kau buat ak happy dan bersmgt.. kau slalu nasihat ak.. x kire d mne kau brade.. dan ak ske i2..huhuhu..

******

Hmm.. tpi cam hri ney dan mlm tdi.. kau dh ckp ciap2.. kau xkn contact ak untk 2 hari.. dgn berat hati kau ckp.. (ecece.. ye ke..??) huhuhu.. dan ak ckp ok.. kau kate ak ney bgos sbb slalu x mghrp utk dye spend most of the time dgn ak.. sebenonye sbb ak fhm dgn masaalah dye.. sbb 2 la ak x kesa sgt.. lgipon, ak xnk beratkan lg masalah dye.. i2 sje..

Ak tau kau slalu terpk cmne nnti keadaan ak klu ak terpkse ‘terpisah sementara’ dgn kau.. ak ckp.. bio la.. lau ak ckp ak tggu kau, ak akn tggu kau punyer.. ok?? Kau sdey.. ak un lgila sdey..hu...

Tpi, ak berdoa kpd Allah.. semoga kmi ade jodoh.. dan dpt hdop bersme.. i2 la harapan ak.. klu xde jodoh pn.. ak cme nk kau tau.. yg ak akn selama2nyer sygkn kau.. hu.. sukarnye percintaan kite ney.. hahaha..

harapan ak... adehai..




I will love u forever. Sayang selamanya.

T.E.S.T.I.N.G


Assalamualaikum n hello~
sebagai permulaan... i m just gonna introduce myself as a beginner in this blogging world...
i dont know much, yet i m still learning..
just gonna put and insert anything i feel i would like to share about like my activities, experiences, stories, feeling, thought etc..
hehe.. hope u guys enjoy reading.. ^_^v
Ak ske kate2 yg bgos dan menrik... dan ak tau kmu2 sume mmg kreatif lagi inovatif in words...
do correct me if i m wrong, do share with me if i m lacking in anything...
huhu..tq..